Ku pilih housewife

*Amaran: Sesiapa yang ingin menjadi career woman,sila jangan teruskan membaca post ini. Sesungguhnya anda akan membuang masa sahaja. Peace yo! 

Macam trend plak skrg ni ye..ramai ibu2 muda nak jadi fulltime housewife or WAHM (working at home mother)

Mengata orang, sendiri yg serpih.. (eh ada ke peribahasa camtu) hehe ye ye..saya pun turut terjebak dengan kancah tersebut.  Dah nak dekat setahun pun...

Kenapa i resign?

* kat ofis asyik bergaduh dgn budak sale (kite ni tukang process mortgage financing, selalu la bercakaran dgn budak2 tu)
* gaji dok tang tu jugak..tak naik2 (org masuk lepas kita pun dapat gaji lebih..sungguh tidak adil)
* tak tau bila boleh naik pangkat (ada kawan keje 8 tahun still executive/clerk)
* tiap2 pagi nak gi keje mesti bergaduh dgn laki sbb kita nak pegi awal,dia nak pegi lambat (menumpang motor buat cara menumpang heh)
* parking kete mahal n malas nak drive time jam (kena kluar umah awal)
* tak tau nak anta medina kat mana since taska medina dah tak amik budak bwh 2 tahun sbb tak cukup pengasuh
* berkerjaya tapi tidak membantu apa2 dlm ekonomi rumah tangga (eh tu bukan option Kemahiran Hidup ke? ERT?apa2 je la)
* musim hujan petang2 time tu..slalu kena charge overtime sbb sampai taska medina lambat (cuaca pun turut bersalah)
* diri sendiri yg taknak berusaha cari kerja lain walaupun fateen dah offer nak bagi resume kat ofis dia (salahkan semua orang, last baru nak salahkan diri sendiri =P)

Perkara2 yg menguatkan nawaitu nak berhenti:

* dengar cite husband kite nak pergi keje oversea (tergedik2 nak ikut walaupun tak confirm pun lagi - tunggu punya tunggu, dah 10 bulan resign baru yassin dapat offer..terpregnant la pulak wakakaka)
* alhamdulillah semua medical covered by insurance company encik yassin (termasuk medina-tak yah risau sgt)
* ada part time business yassin yang dah agak stable n tgh demand byk (so boleh buat fulltime).. klik di sini kalau nak order ye sis sekalian! (semua ni poyo - awie)
* takde apa2 loan commitment kecuali asb loan (boleh rolling guna dividend)
* dapat gaji dari boss dekat rumah tiap2 bulan (cukup la utk kami anak beranak - poyo lagi)

Macam2 reaksi diterima pada mulanya. (skemanya ayat). Of kos, my mom takleh terima.

"kalau tau aritu, tak yah blaja jauh2.ada degree semua.lepas SPM trus kawen"
 takpe..kerajaan tanggung.tak rugi pun huhu (haaa melawan!)

"pegila mintak keje tempat lain,bank rakyat ke,bank negara ke"
tarik nafas dalam2..lepas nafas panjang2.takmo!

"pergi kursus taska,bukak taska sendiri"
nanti end up jaga anak sendiri je kat taska,anak org terbiar huhu

"berapa sangat income ko dapat dgn business ko tu,baik keje bank"
takde lah banyak..cukup la buat byr duit instalment kete-yang-kitorang-beli-beberapa-hari-lepas-tender-resign plus saving setiap bulan

(watak jahat kite pakai font color merah,watak baik warna biru. ngokngek!)

dan macam2 lagi.. terpaksa membiarkan kata2 itu berlalu dari telinga kanan ke kiri..

Cuba bagi reason kenapa i tak boleh jadi housewife. Cuba la kalau berani! hahaha

Of kos, semua reason nak resign, demi kepentingan diri sendiri. Once dah jadi surirumah, baru terasa niat kita salah selama ni dan cuba perbetulkan. demi suami dan anak2.

Ruginya jadi housewife, tak boleh shopping sesuka hati. mm tak kesah pun sbb i jenis tak shopping.

Terkilan sbb dah tak boleh nak bagi fixed income dekat mak ayah bulan2. Bergantung pada business.

Tapi alhamdulillah, adik beradik lelaki saya semuanya berkerjaya dan berpangkat besar, tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka. Saya sekadar membantu tambah sana sini yang kurang.

Syukur, meraka tak pernah merungut/bersungut bila saya berhenti kerja. Mungkin tidak didepan saya. huhu

Tepuk dada,tanya lah iman. Sekian (sungguh tidak membantu post ni! Bluerkhh)

Ada kawan tanya,
"shu masa mula2 berhenti tu ok?tak culture shock?" (berkisar tentang 'tak pegang duit sendiri')
"thats the best offer for a mom" i  jawab
"nape?"

Boleh google sendiri 'kelebihan menjadi suri rumah' ye bagi sapa2 yang berminat..byk blog2 lain ada cite (siap quote from quran & hadith)

dah panjang lebar dah post ni...selamat tinggal! hehe




Medina dah 2 tahun 3 bulan

Lama jugak ye tak update.

Medina dah besar dah sekarang..

dah boleh makan sendiri
dah tahu nyanyi negaraku (ikut bahasa dia la)
dah reti nak mintak pakai baju yg dia suka shj (nak yg lawa2 je.adeih...)
dah pandai sapukan ubat kat kaki mama
dah terror enlarge kan window youtube dlm ipad, termasuk kuatkan bunyi. (tido pun dgn ipad)

tapi still tak reti sebut 'susu'.."nena nak nyiu..nak nyiu"
tak reti pakai kasut sendiri (kasut mama ngan babah pandai pulak pakai kan)
tak tahu beza fish dgn ayam (kalau tgh makan)
tak pandai sebut carrot (walaupun dah mkn dekat setahun lebih) - dok panggil keyot
still pakai pampers - kadang2 terkucil jugak dlm seluar

masih suka hisap jari
masih suka silang kaki (macam baby baru lahir)
masih suka minum susu
masih suka duduk celah ketiak mama

medina oh medina..











medina dah nak jadi kakak..lagi 8 minggu =) insya allah..

Nameste!

Lega dpt sign in balik dlm blog medinabudakkuihpau!

Bukan je password, email address pun dah tak ingat... huhu

Current location:
Somerset Greenways Hotel, Chennai (Tamil Nadu) , India [14:46, 14 Nov 2013]

Current activity:

Melepak dlm hotel, tunggu babah balik dari kerja dengan medina. 'Bila lah nak weekend? boleh pegi shopping saree ngan tudung silk. ngeh ngeh ngeh'




It's time for shopping!


Tips from the book :

* Factor in your fixed costs (delivery cost-insurance/company/own cost, nursery/babysitter/housewife)
* Figure out what items you really need
* Accept donation from friends/family (hand-me-down items)
* Don’t disdain yard sales and consignment shops (kat Msia maybe susah nk dpt kot)
* Consider breastfeeding! =)
* Diaper defensively (buy generic diapers/cloth diapers or buy during sales)
* Shop judiciously to fill in the gaps
* Pay cash (avoid credit cards)
* Keep receipts (in case nk return unused items)

So, banyak ke nak pakai duit utk sambut baby?

Based on our experience, kitorg belanja dekat…eemm..jap nak kira. Seribu,2 ribu, 4 ribu, 8 ribu.. Ntah!tak ingat dah. kuang kuang kuang! Hahaha sebab kitorg beli sket2 since 12 weeks. Sbb excited kan.. mula2 beli baju. Pastu towards the end baru stat beli brg2 lain. So ade yg tak pakai..ade yang dah dekat setahun baru nak pakai...

Stroller: Yang klo beriya, boleh abis kat ribu raban ye puan2. Pakai ke tak? Dah 4 bulan, baru kitorg pakai. Kitorg prefer pakai baby carrier..Tu pun nyesal sbb  beli yang besar/bulky. Leceh nak simpan. Last2 beli lagi satu yg sng nak carry/lipat2 jadi payung. Berguna bila baby dah besar/berat.

Car seat: Better beli awal2. Boleh biasakan baby duduk dlm car seat klo travel,lebih selamat. Sangat berguna utk anta anak ke taska/babysitter klo travel alone. Tapi most countries dah make it a rule utk guna car seat even klo tak travel alone which I think bagus gak la klo implement kat Msia.

Breast Pump Set: Recommend beli awal. Hari kedua lepas bersalin dah stat pakai sbb susu mencurah2. dah leh stat wat stok EBM ngeee (menyesal tak wat). Might want to consider dual pump.lagi senang n selesa!


Baby Cot: Beli kat ikea baru RM165. Pakai sbb takut Medina kena hempap ngan mak ayah die. Baru boleh tido ngan lena.. Berguna bila baby dah stat pusing2. Sgt berguna bila anak dah mula combat. Sesuai utk penjarakan Medina. Tak yah membazir beli yg mahal2 sgt kot. Yg penting bende tu meet the purpose. Lagipun, lagi selesa tido sebelah,senang nak nyusu malam2

Sterilizer: Klo plan nak pakai susu botol n nak wat stok EBM, sgt berguna bg ibubapa yg malas nak jerang air utk basuh botol. Macam saya.hehe


Warmer: Klo nak bg kat nursery/babysitter, boleh la beli. Mcm I, beli satu letak kat umah,senang klo medina kena tinggal kat umah ngan babah 

Nursing cover: I tak pakai sgt sbb rimas huhu. Tapi yassin marah klo tak pakai. So tanye laki korang. Hehehe tapi better pakai la kan..guna shawl pun ok. I beli yg RM70 tapi tak guna pun =P


Bath tub baby: Bende ni pun ade yg mahal gile. Dekat RM100 pun ade. Tapi beli kat ikea baru RM19.90. Klo tak kesah, baldi lebar biasa pun bole kan..


Baju baby: Kitorg beli rompers je kat Mothercare. Sehelai boleh dapat dlm RM8 klo sale. Tapi kena beli 7 helai skali la. Tapi betul la..tak yah beli sgt sbb nanti org bg hadiah hehe


Sebenarnye, pakai ke tak pakai tu bergantung kat kita..klo taknak rasa rugi, pakai je la..hahaha

Pape pun, depends on parents and baby. Agak2 klo ragu2, beli bila betul2 nak pakai kot (contoh cam jamu/bengkung yg tak berani nak pakai sbb czer). And depends on your budget and willingness to spend.  Hehehe happy shopping guys! 9 bulan shopping..takde org leh marah. Yeay!

Jom shopping!! =)

Mak mak zaman sekarang !

Salam

"Mak mak zaman sekarang...!(sambil geleng-geleng kepala) Rasa cam nak cakap je ngan mak die! Kite yang tengok ni yang geram! Bukan ape, takut jari die terselit je karang!"

Sabar makcik..saya pun 'mak mak zaman sekarang'..huhu

*********************************************************************************

Semalam masa dekat Jusco AU2, ade la sorang akak ni.. Anak 2 orang. Sorang baru dapat kaki..sorang baru masuk tadika. Anak-anak die lari sana sini. Yang peliknya mak die sebok cakap dalam HP. Nampak macam conversation yang tak berapa penting sebab dok senyum gelak2 sambil cakap. Pastu anak die yang baru pandai jalan tu lari2 terus naik escalator. Tapi....escalator tu arah menurun. Kita yang tengok dari jauh ni nak lari la selamatkan anak die. Seb baik mak die perasan. Cepat2 tangkap anak die. Fuuuhhh legaaaa....

Rupanya ade makcik sorang lagi yang turut memerhati dari jauh.

*********************************************************************************

Cakap pasal 'mak mak zaman sekarang'..banyak la beza ngan 'mak mak zaman dulu'. Ingat lagi masa zaman remaja2, klo nampak budak nakal sket, Wan akan cakap "kalau tu anak aku,dah lama aku piat2 telinga". Tak pun "pelik laaa..tak reti jaga anak ke?lari sana lari sini..dapat kat aku, mau kena rotan!"

Haaa garang tak Wan? Sekarang ni je dah kurang sket. Klo mama marah tipu2 Medina je, Wan bawak lari Medina. Tak pun peluk Medina. Dulu masa mama kecik2..buat salah sket je, kena hanger. Tak pun tali pinggang. Hmmm

Mungkin sebab tu la kitorang menjadi 'manusia' kot.

Tapi kalau ade 'Mak mak dulu2' cakap, "minum susu lembu/teh/sirap/milo masa baby pun jadi manusia jugak! Tak nyusu badan pun takpe". Tu saya pantang ye..sila jauh kan diri sebelum saya start berhujah. (walaupun Medina fully BF sampai 10 bulan je..tapi semangat saya masih kuat.lol)

*********************************************************************************

Tapi sepatutnya budak bawah 2 tahun ni kite tak le marah2 or rotan..sebab diorang masih kecik n tak tau nak bezakan boleh/tak boleh buat. Penah dengar terrible twos? Rasanye Medina tengah melalui zaman tu sekarang ni bila mana die dah berubah daripada baby yg suka senyum, gelak comel2.. menjadi monster!

Monster yg suka panjat sana sini.. Kalau mintak sesuatu,tak dapat..die akan nangis jerit2 sambil menggeliatkan badan. Monster yang tak nak duduk diam2..nak lari2,tak suka orang dukung. Kadang budak besar tak berani nak buat, tapi die berani. Ade kerusi tapi nak jugak berdiri atas meja makan. Tak rasa nak makan tapi mama dok suap jugak, akhirnye ke lantai makanan2 tersebut. Tak nak kluar dari swimming pool, abis lengan babah kena gigit. Cubit orang kalau tak suka kena gomol. Bukak n baling kasut kat shopping mall pastu nangis jerit2 sambil lari ke 'mesin-suka-pau-50sen'. Dan macam2 lagi.

Nak kata nakal pun tak boleh..sebab dia dlm stage nak explore everything tapi tak tau kadang benda tu bahaya.. pastu cuba nak cakap tapi orang tak paham ape die cakap. End up kekecewaan yang melampau, menyebabkan Medina cuba untuk express emotion secara melampau sehingga mama ngan babah kena pau (beli mainan nak bagi medina diam which we consider it as 'wrong treatment').

*********************************************************************************
Dah cuba pelbagai cara. Antaranya:

a) Buat timeout : Tapi Medina taknak turunkan kaki, gayut kat badan babah.

b) Buat2 tak layan: Kadang berjaya gak. Senyap sendiri

c) Cuba untuk alih perhatian ke bende lain. Tunjuk bird/cat. Gambar2 cartoon: berjaya buat medina senyap untuk seketika.

d) Cuba untuk paham ape die mintak dengan bawak die ke dapur n tunjuk sume bende sampai Medina kate 'naaakk' : jenuh jugak ye.. sebab kadang die terlupa apa die nak.pastu mintak pulak yg bukan2 seperti garpu/penyapu

Tapi selalunya, kalau Medina cranky camtu..tandanye die ngantuk. Sebab masuk kete je trus tido. Salah mama ngan babah bawak Medina jalan time waktu tido.huhu
*********************************************************************************

Kesimpulannya, sabar je la banyak2..sementara Medina nak membesar. Bila Medina dah tido, kite pulak rindu ngan gelak tawa die. Hmmm camne la nak ade adik..

Nanti kan next post, berkisar tentang 'Adik' Ngeheheheeeeheeeheeee

TQ









Medina & Upin Ipin


Hari tu babah kite belanja makan kat kedai Upin Ipin @Taman Melati Utama.


 Kite tak tau la nape babah kite semangat sangat. Kite biasa2 je...


                  

Pastu tiba2 kite jadi super excited bila namak gambar upin ipin besar depan kedai




 Kite tak tau nak order ape. Mama kite order fun fries utk kite. Masa akak waiter tu nak amik balik menu, kite nangis sbb kite belum abis tgk plus excited.




Banyaknye gambar upin ipin. Nampak tak mata kite bergenang nangis sebab kakak waiter amik buku kite.



Kite tak heran nak makan pun sbb kite tengah tengok video upin ipin

Babah kite belikan kite flashcard upin ipin sebagai souvenir tapi tak sempat amik gambar sbb dah ronyok. huhu

Sekian.

Atiqu + Atika = (f)Ateema


Atiqu dok bising2 nak anak dia keluar cepat. Tetiba pagi ni die btau Tika dah dalam OT. Yeay akhirnya ade geng yang bersalin czer! huhu

Mendengar keluh kesah seorang suami dan bakal bapa yg tak dibenarkan masuk skali dlm OT (kedekut punya DEMC) membuatkan aku sendiri rasa sebak. Teringat masa lahirkan Medina, betapa bertuahnya ade suami di sisi sepanjang masa. Ape pun...Alhamdulillah baby n mommy selamat! Geng dapur Medina dah bertambah. huhu

Some tips yg midwife bagi masa kat PCMC:

1. Try utk gerak2kan lower part of your body (kaki,jari2 kaki) so that angin akan keluar melalui put put n avoid blood clots. Klo tak, senang nak kena heartburn. Mmg rasa disaster la.. Perut dah la sakit, pergerakan terbatas, badan tak selesa, lenguh sana sini, tambah dgn angin lagi..tak leh bayang. Babah tolong urut pun tak jadi ape. Last2 midwife bg Gaviscon. Trus muntah. Part ni paling tak tahan. Nyilu operate kat perut belum abis dh kena tahan2 perut nk muntah. Ngeri je bila ingat balik.

2. Cuba utk turun katil n jalan2 sket. Jangan baring je atas katil. (jangan layan sgt sakit tu). Logiknya, maybe nk suh kite semangat sket la kot, susukan baby ke, basuh berak baby. Cara nk trun katil, mengengsot ke tepi katil n turun kan kaki satu2. Aaaa tak nk bayang. Super sakit. Tapi buat jugak demi medina! Tu pun lepas 12 jam czer.

3. Cuba utk buang air besar seawal mungkin lepas czer. Sbb nk suh buang angin n elak sembelit kot. Bayangkan klo sembelit. Uuuuuu cane la nak teran time perut tengah sakit.

4. Kalau nak batuk ke, nyusukan baby ke..try letak bantal kat perut as a cushion la kot. Tapi tips ni mmg byk membantu especially bila nak bersin. Tapi slalu tak sempat nak letak.huhu

5. Pakai grandma panties supaya tak terkena tempat jahit. Uuuuu nyilunye rasa bila terbayang.

6. Duduk dekat kerusi yg keras bukan yang cushioned supaya senang nak bangun duduk.

7. Breastfeed style football hold utk elak kena tmpat czer.


Try jugak untuk makan ikan haruan betul. Bukan yg pati2. Ade certain gyny yang agree klo mkn pati ikan haruan terlalu byk menyebabkan organ2 dalaman melekat2 walaupun luka cepat sembuh (discover masa 2nd delivery). Yang ni terbaca dlm forum. So tak tau kebenarannya. Tapi take it as "baik makan benda fresh dari benda yg dah processed/canned". Camtu la kot.

Bengkung ke tak tu..Dr Aziz cakap "dah bole dah ni klo nak bengkung2' masa die check tempat czer lepas 2 minggu. Tapi i ni takut nak bengkung. Akibatnye perut bertingkat2 cam mangkuk tingkat. huhu

And some tips from the book:








Selamat menukar pampers anak Tiqu & happy breastfeeding Eika!!


Sekadar gambar hiasan: Medina bukan nama sebenar



















Mamak vs Makcik


Tetiba je arini ramai org visit blog..pelik2..huhu

Bercakap tentang sabar... ade 2 situasi

Situasi 1

Hari tu encik abg kite teringin nak mkan nasi mamak plus bini die dah kering idea nak masak ape..so "kite beli kat kadiaq je lah..lagi pun aritu saya makan time malam, lauk2 die jual murah sket"

So kite pun turun la pi beli lauk. Memandangkan sume abg waiter tu sebok..abg la sangat kann..huhu kite pun kaut la lauk sendiri. Kite buat macam umah sendiri la kan..amik nasi buh dlm polistrin tambah kuah kari campur2 (ala2 nasi kandar), bungkus 2 ketul ayam goreng, kaut kari daging (kambing ke lembu aku pun tak tau..bedal je la) utk sorang makan. 

Masa cashier die punch harga, kite tgk la screen die.Bole agak la harga ape die punch

RM 1.50 >> ni mesti nasi ngan kuah
RM 7.00 >> ayam goreng 2 ketul
RM 10 >> kari daging ke????

"Semua skali RM 18.50 kakak.." kata si hindustan tak hensem tu
"aik ape yg RM10???"
"ni kambeng la kakak..."
"Mahalnye!! Ni betul ke kambing..bukan lembu???"
"Ohh..ni lembu la kakak(die kate aku lembu?)! RM 8 la itu macam."
"Hello..sy amik sikit saje..takkan RM 8. betul ke???" (hangin sudah satu badan..aku bab2 duit ni sensitif) 
"Betul la kakak..daging mahal sekarang"
 "Malam2 pun jual mahal2 ke!" 

Sakit hati tidak terkira.Mau je letak balik daging tu tapi dah daging tu special request dari encik abg..beli jugak la!byr dengan muka masam..

Nak boikot ah kadiaq pas ni!! tak mo makan dah..laju je bwk kete balik nak ngadu kat laki.Haish..

Situasi 2

Susu Medina dah nak abis..so tghari tu bwk la si medina gi beli susu dekat hero.

Masa dekat cashier..ade 2 org kakak tgh beratur. Kakak yg kedua tu peramah abis..sume orang die nak tego.

Dgn kakak no 1, die tanya:
"eh..berapa inai ni dik?RM1.50 sepeket ye?ooohhh dekat mydin sekotak baru RM6!

Sementera kakak no 1 tgh byr, die tanya dgn kakak dok pilih2 brg:
"berapa eh harga vicks tu?aritu nampak mcm murah"

Kakak no 1 pun balik,dah abis byr. Turn barang dia pulak nak punch harga. Datang lagi sorang beratur belakang aku.

Dgn kakak no 3 tgh beratur nak byr (aku ler tu):
"berapa ni harga susu anak? eh anmum..utk maknye!" Memang susu medina pun tapi malas nak lawan sbb nampak die sebok tanye bende lain kat cashier.

Dgn cashier:
Ni satu plastik ade berapa pinggan plastik? Ohh seratus ye? saya amik satu saje la. Satu lagi ni tak jadi amik la..
Yg ni cawan plastik ade berapa? 50? sekejap aaa..i amik lagi satu tak cukup.

Kakak tu pun pegi amik dekat rak.Lama la jugak. Sambil2 tu cashier punch barang2 lain kakak tu.

Suasana masih tenang tapi tangan aku sudah lenguh dukung medina bam bam

Kakak tu dtg balik bawak cawan kaler2 pulak

Dgn cashier:
i taknak la cawan tadi..i nak yg ni... Eehh u punch harga betul ke i takde sini tadi?sambil check screen.

Sambil berbisik dgn nada tinggi plus berbau berang, kakak belakang aku pun cakap:
Laa..kalau nak check satu2 harga pergi la amik semua barang dulu! pegi survey satu kedai dulu baru byr! Org dah la tunggu lama, bwk anak lagi! ingat senang ke nak bwk budak kecik!

Aku senyum je. Laser jugak akak ni walau bertudung labuh
Ermm aku tgk akak tu takde lak bwk budak kecik. Cakap pasal aku la kot penat bwk budak kecik. Aku takde la marah sgt. Still bole tolerate laaa...

So..kesimpulannya..ade certain situations yg aku takleh sabar (rasa nak jadi hulk hogan!)..ade certain situations yang orang lain lagi cpt panas dari aku. 

Jadi..bak kate abg long:

"kalau nak potong queue (dekat traffic light/junction,in case of terlepas queue),potong dekat depan sekali..selalunye org tak marah sbb turn die dah nak sampai."

Mungkin ade kebenarannya.

Sekian.

Medina sekadar pemerhati. Dan sempat pulak die cilok pen cashier atas meja tadi. Haishh...esok je la aku pulangkan. Dah sampai umah dah pun.



Food food food



















Choose a name!


Got it from a bookstore at Harbour TownPerth for AUD5. Super cheap! 3 bulan gak la perap kat umah tak baca. Tapi bila start baca je..susah nak berhenti!



So..lets start with the first topic!



Sape nama baby u ni?
Nur Medina... =)
Medina?
Ye..
Medina madinah?
Yee…
Kota madinah tu?
Yeeee…
Patutlah bercahaya!Cam Medina Hotel yg kat perth tempat aku keje dulu.
=)





Jangan salahkan mama klo ade org ejek Medina kat skolah nanti. Sume ni salah babah. Mama setuju dgn Nur je memula..tapi lepas babah tolong urut2, mama setuju Nur Medina.hihihi sorry

I suka Safiyya..lembut jee. Nak bg ade rhythm, Lya Safiyya..tapi babah nak nama ala2 ‘Paris’ Hilton. Nak letak Nurul Gambang / Siti Klang cam pelik. Oklaaah..bolehlaaaa..

Sufia pun sedap gak.
Saya ade kawan nama Sufia. Tp buruk perangai..suka mengumpat.Tak nak lah!

Eemm..layla?
Sume org nama layla yg saya kenal sume gedik2 (takde alasan dah la tuh!). Nama lain la..

Kalau..marlina?
Tak special..dah ramai nama marlina.
Hurm…

Oklah..nur medina..Nanti anak kedua.. Nur Mecca pulak la?
A’ah..ke Nur Gaza? 
Eerrkk

Last2 sume hepi dgn nama Nur Medina..walaupun ramai yg berebut nak bagi nama..huhu yg penting maksud nama tu elok..
 

I'm coming home, coming home!!


Babah baru dinobatkan sebagai top Premium Beautiful Agent. And we are so lucky to receive 5 days tour to Perth Western Australia for free!

Hahaha tipu sgt! Akibat terlalu ‘obses’ eh silap ‘obese’ dgn Haniz Haizi, berangan je la dpt free trip. Company sendiri pun takde retreat cmni!

Special thanks to AirAsia sbb buat promotion cheap tix to Perth.

Tips bwk baby naik flight (ekceli Medina baru 7 bulan time tu).

1. Pilih flight waktu malam. Time tido. Senang nak handle baby. Tp lain baby mayb lain perangai.

2. Pilih seat yg depan skali (book or request masa check in) so that ade ruang utk letak brg2 baby n tak sempit klo nak nyusu kan baby.  Kitorg tak book. Masa check in pun tak dpt. Tapi atas courtesy staff Air Asia, die letak kitorg kat 3 seats nye tapi seat tgh die kosong kan. Nice. I love u.

3. Bole bwk stroller sampai dekat tangga flight. Mula2 ingat nak check in stroller as baggage tapi staff Air Asia kata bole bwk sampai kat tangga. Masa nak naik flight tu tinggal je (die dah lekat tag kat stroller siap2 masa check in) nanti diorg simpankan. Syukur sgt2..jenuh jugak klo nak dukung medina yg keding ni lama2. Sampai je kat Perth, stroller dah ready kat depan pintu. Nice! I love u so much

4. Breastfeed baby sentiasa supaya telinga tak bengang. Ni teori sendiri. Ingat kan Medina akan gelabah2 masa take off (cik kiah excited first time naik flight kan!). Tapi die relax je menyusu sampai tertido. Goooood girl!. Pastu tak yah pening pala nak bancuh2 susu.Tapi actually kita bole mintak warm water utk bancuh susu dari steward/ess for FOC.

5. Might want to bring some toys in case klo boring dlm flight. Medina tak bwk toys aritu. Minah2 salleh kat seat blkg jadi toys die sepanjang perjalanan.

5. Sampai kat Perth immigration, any food yg kite bwk kene declare. So sampai kat green lane, kitorg ckp kat officer tu kitorg cume bwk processed food for baby. Tgk2 die kasi kluar terus, tak yah bukak2 bag. Nice! 

Sampai sana je, kami di pick up oleh sweet Uncle Hisham & Aunty Salwa. Medina kat Malaysia tak penah dok dlm car seat klo travel dgn babah die. Australia is not the only country yg baby kena duduk dlm carseat bila dlm kereta. Cuma Malaysia je tak betul2 implement that regulation.


Sepanjang 5 hari kat PerthMedina sgt senang utk dijaga. Tak cranky langsung. Alhamdulillah.


Thanks a lot to Uncle Hisham & Aunty Salwa  for their hospitality. Terbaik!! Masa kitorang pergi Perth aritu, Aunty Salwa baru tau yg she’s pregnant! Cepat gile masa berlalu,tgk2 dah bersalin. Congrats to Le’ & Hisham! 

Happy birthday Medina!


Huarrgghhhh!!! Ops sorry..menggeliat jap.dah lama tak mengupdate blog..huhu

Medina? Dah setahun 3 bulan dah! Cepat gile kan.. dah besar dah budak tu..pipi masih lagi pau.. =)

Masa birthday Medina,kitorang takde plan nak wat pape pun. Bukan mama ngn babah tak nak celebrate..tapi Medina macam bizi je kat taska..so mama taknak la kacau medina kan..haha

Medina blum pandai tiup lilin..tapi mama anta gak satu cake secret recipe kat taska.. ingat nak buat sendiri yg sesuai utk kanak2..(kurang manis, no chemical, no colouring, no eggs) konon je la kan..mak nye sendiri dok makan KFC,MC D bagai.. memandangkan masa yg terhad (malas sebenarnya), kite beli je la.. huhu

Mama ngn babah tak join nyanyi2 kat taska sbb kitorg ni pemalu (gediks), tapi babah dgn semangatnye prepare goody bag utk kawan2 Medina.

Antara surprises yg ade dlm goody bag:
  1. Susu dutch lady utk kids (1 year and above)
  2. Instant waffle from Gardenia
  3. Nata de coco perisa mangga
  4. Angry bird stress ball
  5. Special edition paper bag & sticker from Cardbymyan
 

teacher azi kesayangan medina 






Tapi mama ngn babah janji nak bagi hadiah kat Medina. Ni la hadiahnye..



Ni gambar before edit


























 Taken by Yon Photograph .