Ku pilih housewife

*Amaran: Sesiapa yang ingin menjadi career woman,sila jangan teruskan membaca post ini. Sesungguhnya anda akan membuang masa sahaja. Peace yo! 

Macam trend plak skrg ni ye..ramai ibu2 muda nak jadi fulltime housewife or WAHM (working at home mother)

Mengata orang, sendiri yg serpih.. (eh ada ke peribahasa camtu) hehe ye ye..saya pun turut terjebak dengan kancah tersebut.  Dah nak dekat setahun pun...

Kenapa i resign?

* kat ofis asyik bergaduh dgn budak sale (kite ni tukang process mortgage financing, selalu la bercakaran dgn budak2 tu)
* gaji dok tang tu jugak..tak naik2 (org masuk lepas kita pun dapat gaji lebih..sungguh tidak adil)
* tak tau bila boleh naik pangkat (ada kawan keje 8 tahun still executive/clerk)
* tiap2 pagi nak gi keje mesti bergaduh dgn laki sbb kita nak pegi awal,dia nak pegi lambat (menumpang motor buat cara menumpang heh)
* parking kete mahal n malas nak drive time jam (kena kluar umah awal)
* tak tau nak anta medina kat mana since taska medina dah tak amik budak bwh 2 tahun sbb tak cukup pengasuh
* berkerjaya tapi tidak membantu apa2 dlm ekonomi rumah tangga (eh tu bukan option Kemahiran Hidup ke? ERT?apa2 je la)
* musim hujan petang2 time tu..slalu kena charge overtime sbb sampai taska medina lambat (cuaca pun turut bersalah)
* diri sendiri yg taknak berusaha cari kerja lain walaupun fateen dah offer nak bagi resume kat ofis dia (salahkan semua orang, last baru nak salahkan diri sendiri =P)

Perkara2 yg menguatkan nawaitu nak berhenti:

* dengar cite husband kite nak pergi keje oversea (tergedik2 nak ikut walaupun tak confirm pun lagi - tunggu punya tunggu, dah 10 bulan resign baru yassin dapat offer..terpregnant la pulak wakakaka)
* alhamdulillah semua medical covered by insurance company encik yassin (termasuk medina-tak yah risau sgt)
* ada part time business yassin yang dah agak stable n tgh demand byk (so boleh buat fulltime).. klik di sini kalau nak order ye sis sekalian! (semua ni poyo - awie)
* takde apa2 loan commitment kecuali asb loan (boleh rolling guna dividend)
* dapat gaji dari boss dekat rumah tiap2 bulan (cukup la utk kami anak beranak - poyo lagi)

Macam2 reaksi diterima pada mulanya. (skemanya ayat). Of kos, my mom takleh terima.

"kalau tau aritu, tak yah blaja jauh2.ada degree semua.lepas SPM trus kawen"
 takpe..kerajaan tanggung.tak rugi pun huhu (haaa melawan!)

"pegila mintak keje tempat lain,bank rakyat ke,bank negara ke"
tarik nafas dalam2..lepas nafas panjang2.takmo!

"pergi kursus taska,bukak taska sendiri"
nanti end up jaga anak sendiri je kat taska,anak org terbiar huhu

"berapa sangat income ko dapat dgn business ko tu,baik keje bank"
takde lah banyak..cukup la buat byr duit instalment kete-yang-kitorang-beli-beberapa-hari-lepas-tender-resign plus saving setiap bulan

(watak jahat kite pakai font color merah,watak baik warna biru. ngokngek!)

dan macam2 lagi.. terpaksa membiarkan kata2 itu berlalu dari telinga kanan ke kiri..

Cuba bagi reason kenapa i tak boleh jadi housewife. Cuba la kalau berani! hahaha

Of kos, semua reason nak resign, demi kepentingan diri sendiri. Once dah jadi surirumah, baru terasa niat kita salah selama ni dan cuba perbetulkan. demi suami dan anak2.

Ruginya jadi housewife, tak boleh shopping sesuka hati. mm tak kesah pun sbb i jenis tak shopping.

Terkilan sbb dah tak boleh nak bagi fixed income dekat mak ayah bulan2. Bergantung pada business.

Tapi alhamdulillah, adik beradik lelaki saya semuanya berkerjaya dan berpangkat besar, tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka. Saya sekadar membantu tambah sana sini yang kurang.

Syukur, meraka tak pernah merungut/bersungut bila saya berhenti kerja. Mungkin tidak didepan saya. huhu

Tepuk dada,tanya lah iman. Sekian (sungguh tidak membantu post ni! Bluerkhh)

Ada kawan tanya,
"shu masa mula2 berhenti tu ok?tak culture shock?" (berkisar tentang 'tak pegang duit sendiri')
"thats the best offer for a mom" i  jawab
"nape?"

Boleh google sendiri 'kelebihan menjadi suri rumah' ye bagi sapa2 yang berminat..byk blog2 lain ada cite (siap quote from quran & hadith)

dah panjang lebar dah post ni...selamat tinggal! hehe




Medina dah 2 tahun 3 bulan

Lama jugak ye tak update.

Medina dah besar dah sekarang..

dah boleh makan sendiri
dah tahu nyanyi negaraku (ikut bahasa dia la)
dah reti nak mintak pakai baju yg dia suka shj (nak yg lawa2 je.adeih...)
dah pandai sapukan ubat kat kaki mama
dah terror enlarge kan window youtube dlm ipad, termasuk kuatkan bunyi. (tido pun dgn ipad)

tapi still tak reti sebut 'susu'.."nena nak nyiu..nak nyiu"
tak reti pakai kasut sendiri (kasut mama ngan babah pandai pulak pakai kan)
tak tahu beza fish dgn ayam (kalau tgh makan)
tak pandai sebut carrot (walaupun dah mkn dekat setahun lebih) - dok panggil keyot
still pakai pampers - kadang2 terkucil jugak dlm seluar

masih suka hisap jari
masih suka silang kaki (macam baby baru lahir)
masih suka minum susu
masih suka duduk celah ketiak mama

medina oh medina..











medina dah nak jadi kakak..lagi 8 minggu =) insya allah..

Nameste!

Lega dpt sign in balik dlm blog medinabudakkuihpau!

Bukan je password, email address pun dah tak ingat... huhu

Current location:
Somerset Greenways Hotel, Chennai (Tamil Nadu) , India [14:46, 14 Nov 2013]

Current activity:

Melepak dlm hotel, tunggu babah balik dari kerja dengan medina. 'Bila lah nak weekend? boleh pegi shopping saree ngan tudung silk. ngeh ngeh ngeh'